Peringatan mengenai syarikat Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) dan syarikat ‘pelaburan’ seumpamanya

523576_10151145095324872_87424674_nBNM kerap menerima pertanyaan berkenaan syarikat ini (dan juga banyak syarikat lain yang menjalankan operasi serupa). Berikut ialah peringatan untuk semua.

Untuk makluman,  syarikat Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) merupakan salah satu daripada 77 buah syarikat yang tersenarai di dalam senarai syarikat yang tidak diberi kelulusan atau kebenaran di bawah undang-undang atau peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk maklumat lanjut sila layari pautan http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_financialconsumeralert&lang=bm

Kami juga ingin memaklumkan bahawa perniagaan jual beli atau pelaburan emas bukanlah terletak di bawah bidang kuasa BNM. Walau bagaimanapun, sekiranya urus niaga emas tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.

Orang ramai adalah dingatkan agar lebih berhati-hati dan meneliti risiko-risiko terbabit dalam pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat. Setiap pelabur perlu memainkan peranan dengan memeriksa latar belakang sesebuah syarikat dengah pihak berkuasa dalam memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang.

Sebagai panduan, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan kepastian aktiviti–aktiviti perniagaan yang didaftarkan.

Pelabur-pelabur juga mungkin mahu mendapatkan maklumat kewangan syarikat termasuklah keupayaan  syarikat memberi pulangan atas pelaburan yang dibuat.

Maklumat-maklumat kewangan dan latarbelakang syarikat boleh diperolehi melalui dokumen-dokumen berikut:

  1. Laporan Tahunan Berodit
  2. Memorandum dan Artikel Pertubuhan
  3. Borang 49 – Senarai pengarah syarikat 

Sebagai pelabur emas, seseorang individu adalah juga dinasihatkan untuk memastikan isu-isu penting seperti:

  • Sumber emas itu tersebut
  • Badan yang mengeluarkan sijil ketulenan emas tersebut
  • Memastikan keaslian sijil tersebut dengan menghubungi pihak yang mengeluarkan sijil tersebut 
  • Mengesahkan ketulenan emas daripada kedai emas 
  • Mempersoalkan harga emas dijual pada harga premium 
  • Sebarang pulangan yang dijanjikan kepada pelabur
  • Kaedah syarikat mendapatkan keuntungan daripada urus niaga emas tersebut 

Pelabur mungkin mahu menghubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekiranya pelabur meragui akan ketulenan atau kualiti emas yang dibeli.

Untuk makluman semua, pihak BNM (melalui surat khabar, iklan dan pengumuman melalui radio dan televisyen) telah mengingatkan orang ramai supaya hanya menempatkan deposit dan melabur dengan institusi-institusi yang dilesenkan sahaja supaya mereka dilindungi oleh undang-undang perbankan dan sekuriti.

Maklumat institusi yang dilesenkan oleh BNM boleh didapati di pautan http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_hyperlink&pg=hyperlink_index&ac=57&lang=en.

Pelabur-pelabur yang melabur dengan institusi-institusi yang tidak berlesen akan berhadapan dengan risiko tinggi kehilangan wang pelaburan.

Pelabur-pelabur juga akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan pelaburan itu sendiri tidak sah.

Orang ramai boleh merujuk kepada laman web mengenai Amaran Penipuan Kewangan di pautanhttp://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm.

Orang ramai juga diingatkan bahawa perlindungan pengguna di bawah akta yang dikawal selia oleh BNM tidak akan terpakai sekiranya orang ramai memilih untuk berurus niaga dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak berlesen dengan Bank.  Orang ramai juga boleh didakwa sekiranya dikenal pasti terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang.

Harap maklum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s