Periksa ciri-ciri keselamatan wang kertas anda

526829_10151297919024872_542234028_aBNM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kejadian yang melibatkan wang kertas palsu di Melaka, seperti yang dilaporkan di dalam media massa baru-baru ini, hanyalah merupakan satu kes terpencil.

Berdasarkan siasatan kami, wang kertas palsu tersebut didapati berkualiti rendah dan boleh dikenal pasti melalui cetakannya yang kurang bermutu dan ciri-ciri keselamatan tiruan yang digunakan.

Bagi menangani kes pemalsuan mata wang, BNM telah berkerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan segera bagi memberkas mereka yang terlibat dalam kegiatan  jenayah ini.

Anda dinasihatkan supaya membuat laporan kepada polis dengan segera sekiranya mempunyai atau menerima wang kertas palsu.

Untuk mengenal pasti sama ada wang kertas adalah tulen atau palsu, sila perhatikan dan periksa ciri-ciri penting berikut yang terdapat pada wang kertas (untuk semua wang kertas):

(i) Bezakan kualiti dan periksa ciri cetakan timbul wang kertas

Wang kertas tulen menggunakan substrat (bahan) bermutu tinggi dan oleh itu ia adalah unik berbanding dengan kertas biasa. Anda disarankan supaya memeriksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas dan pada angka denominasi dan teks.

(ii) Pegang dan halakan wang kertas ke arah cahaya lampu putih dan perhatikan ciri-ciri berikut:

  • Potret tiga dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama yang kelihatan lebih terang dan nyata berbanding dengan warna kertas di sekitarnya. Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.
  • Tanda Pandang Telus – reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kertas akan kelihatan selari dan membentuk imej corak/numeral yang lengkap.
  • Benang keselamatan dengan ciri teks mikro yang dijalin secara bersulam pada wang kertas.

 (iii) Sengetkan wang kertas untuk melihat ciri warna/corak yang berubah-ubah pada jalur holografik dan benang keselamatan.

Jalur holografik (bagi wang kertas RM50 sahaja),  petak berkilat berwarna, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah dan benang keselamatan kanta mikro (bagi wang kertas RM100 sahaja) akan dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan di bawah cahaya terang.

Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas Malaysia, anda boleh melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di pautan berikut http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_mal_currency&pg=en_mal_currency_intro&ac=31&lang=en

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s