PENIPUAN KEWANGAN – Sindiket Penipuan Tanah – Jangan jadi mangsa!

Pengenalan

Bank Negara Malaysia telah menerima aduan daripada segelintir pemilik tanah mengenai skim penipuan kewangan yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia untuk menipu para pemilik tanah tersebut bagi tujuan mendapatkan salinan kad pengenalan serta geran tanah dari mangsa.

Pihak yang menipu pada kebiasaanya akan menggunakan berbagai jenis skim di mana modus operandinya sentiasa berubah-ubah untuk memperdaya serta mengelirukan orang ramai. Mereka seringkali akan menyamar sebagai pegawai kerajaan, pegawai penguatkuasa seperti polis, pegawai bank, penjawat awam dan juga pegawai dari Bank Negara Malaysia untuk menipu mangsa.

Modus operandi Sindiket Penipuan Tanah

Modus operandi terkini yang digunakan untuk menipu pemilik-pemilik tanah  adalah seperti berikut:

  • Mangsa didatangi oleh individu yang menyamar sebagai wakil daripada sebuah syarikat pengurusan dan perkhidmatan yang memberitahu mengenai tindakan Bank Negara Malaysia telah membekukan satu akaun kerajaan yang mempunyai sejumlah wang yang besar didalamnya.
  • Bagi membolehkan wang tersebut dikeluarkan, pihak Kerajaan telah mengarahkan pemilik-pemilik tanah untuk menyerahkan salinan kad pengenalan dan geran tanah masing-masing.
  • Sebagai balasan, pemilik tanah yang berkenaan akan diberi RM350,000 di mana RM100,000 akan digunakan bagi membiayai kempen pilihanraya akan datang.
  • Setakat ini, terdapat beberapa pemilik tanah yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal yang telah menjadi mangsa skim penipuan ini. Mereka telah menyerahkan dokumen-dokumen yang diminta kepada pihak yang menipu.

Bank Negara Malaysia memandang serius mengenai kes penipuan yang membabitkan nama Bank Negara Malaysia serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Terdapat pihak-pihak yang menipu dan telah mengambil kesempatan ke atas orang ramai yang masih kurang maklum mengenai kes-kes penipuan sedemikian.

Langkah-langkah untuk mencegah daripada menjadi mangsa skim penipuan

Bagi memastikan orang ramai khususnya masyarakat luar bandar sentiasa peka mengenai penipuan kewangan, Bank Negara Malaysia serta agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sentiasa memberi peringatan melalui media masa seperti di akhbar dan melalui laman web masing-masing mengenai kes-kes penipuan kewangan terkini. Pelbagai kempen kesedaran secara besar-besaran telah dilaksanakan bagi memberi peringatan kepada orang ramai untuk memastikan mereka tidak menjadi mangsa penipuan kewangan termasuklah penipuan yang menggunakan nama pegawai-pegawai agensi yang berkenaan.

Orang ramai perlu berwaspada bahawa:

  1. Bank Negara Malaysia atau agensi-agensi Kerajaan tidak akan menghubungi pelanggan untuk meminta maklumat atau menyerahkan salinan kad pengenalan atau menyerah geran tanah
  2. Kerajaan tidak akan meminta orang ramai pemilik tanah untuk membiayai kempen pilihanraya
  3. Orang ramai perlu sentiasa berwaspada terhadap cubaan yang dilakukan oleh pihak yang menipu dan menghubungi pihak-pihak berkuasa yang berkenaan sekiranya mereka memerlukan penjelasan lanjut. Orang ramai juga boleh menghubungi pusat khidamat pelanggan Bank Negara Malaysia iaitu BNMLINK dan BNMTELELINK bagi mendapatkan penjelasan, nasihat atau membuat aduan berhubung isu penipuan  kewangan.
  4. BNMLINK dan BNMTELELINK boleh dihubungi seperti berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465Faks: 03-2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)

Untuk menghantar pertanyaan melalui perkhidmatan SMS,sila taip:

BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] dan hantar kepada 15888

(Penghantar akan dikenakan caj oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebanyak RM0.15 bagi menghantar mesej dan RM0.20 untuk menerima mesej)

Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan dan langkah-langkah pencegahan, orang ramai boleh melawat laman amaran penipuan kewangan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia dihttp://fraudalert.bnm.gov.my.

Jabatan Komunikasi Strategik,
Bank Negara Malaysia

—————-

Lihat juga:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0406&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm&arc=hive

http://www.hmetro.com.my/articles/Sindikettipupeneroka/Article

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s