Kes Benar: Bagaimana orang ramai ditipu – Pemindahan Wang

Jangan Jadi Mangsa

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi penerangan dan memupuk kesedaran orang ramai mengenai penipuan kewangan, kami akan menerbitkan beberapa siri artikel mengenai kes penipuan sebenar (berdasarkan kes-kes tertentu) seperti mana yang dilaporkan kepada kami. Kami berharap para pembaca akan lebih peka terhadap perkara ini dan dapat berkongsikan artikel-artikel tersebut dengan keluarga, rakan kerja dan sahabat handai.

Elakkan daripada menjadi mangsa!

Kes Benar: Bagaimana orang ramai ditipu – Pemindahan Wang
Seorang mangsa penipuan menyatakan bahawa beliau menerima satu emel dari seorang yang tidak pernah dikenali (selalunya melibatkan warga negara asing) menjanjikan pemindahan wang yang berjumlah besar.

Mangsa akan diminta untuk membayar sejumlah wang atau fi kepada individu tersebut (kononnya bagi menjelaskan bayaran cukai, pelepasan kastam, fi anti-pengganas, fi kerajaan dsb) sebelum wang besar yang dijanjikan boleh dipindahkan kepada si mangsa.

Selain itu, dokumen-dokumen yang nampak seakan-akan “dokumen rasmi” (dalam bentuk sijil atau surat rasmi) akan dikepilkan dan dihantar bersama emel seolah-olah menyokong ketulenan proses transaksi pemindahan wang tersebut.

Pihak yang menipu selalunya mempunyai jaringan rakan atau kenalan yang mendakwa mereka dari pelbagai sector dan agensi seperti institusi kewangan, kastam, agensi kerajaan dan sebagainya.

Merujuk kepada kes Encik Alberto (bukan nama sebenar) dari Filipina, pihak yang menipu memperkenalkan diri sebagai pegawai bank dari Standard Bank of Malaysia dan memberitahu si mangsa yang permohonan pemindahan wang tersebut telah dihantar kepada Bank Negara. Beliau juga mendakwa yang permohonan itu sedang diuruskan oleh Encik Abdul Mustafa (bukan nama sebenar), yang mengakui beliau seorang pegawai Bank Negara melalui alamat emel xxxx@gmail.com.

Sekiranya anda menerima emel seperti ini atau mengalami situasi yang serupa, sila abaikan emel tersebut dan jangan sekali-kali melayan permintaan mereka. Ianya jelas satu penipuan.

Anda boleh membuat laporan terus kepada Bank Negara Malaysia melalui saluran-saluran komunikasi di bawah:

Telefon: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Faks: 03-2174 1515
SMS ke 15888: BNM TANYA [aduan anda/pertanyaan]
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s