Kes Benar: Bagaimana orang ramai ditipu – Membeli Hartanah bagi pihak Warga Asing | Menyamar sebagai Pegawai BNM

225796_10150269381679872_7625013_aMangsa merupakan seorang warga emas bernama Haji Hassan (bukan nama sebenar), berusia 64 tahun dari Johor Bahru, Johor. Beliau mendakwa bahawa seorang individu dari United Kingdom (UK) telah menghubungi beliau dan meminta bantuan untuk membeli satu hartanah di Malaysia. Orang tersebut telah menyakinkan Haji Hassan bahawa satu akaun bank telah dibuka di UK bagi urusan pemindahan wang.

Orang tersebut turut menyatakan yang dia akan mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun tersebut dan kemudian wang tersebut akan dipindahkan ke akaun bank Haji Hassan di Malaysia.

Selepas mendapat pengesahan tersebut, Haji Hassan menerima satu panggilan telefon dari seorang wanita bernama Haziqah (bukan nama sebenar) yang mendakwa dirinya seorang pegawai Bank Negara Malaysia (BNM). Wanita tersebut menghubungi beliau menggunakan nombor telefon selular dan tidak menggunakan nombor telefon rasmi BNM. Wanita tersebut mendakwa transaksi pemindahan wang ke akaun bank Haji Hassan telah disekat oleh BNM atas alasan peraturan pengubahan wang haram. Haji Hassan perlu membayar sejumlah fi “cukai” bagi membolehkan proses transaksi pemindahan wang tersebut dapat diteruskan.

Percaya semua perkara tersebut benar, Haji Hassan kemudiannya telah mendepositkan sejumlah wang ke dalam satu akaun bank (salah satu bank tempatan) yang diberikan oleh Haziqah tetapi akaun tersebut mempunyai nama pemegang akaun lain. Fi yang kononnya “cukai” berjumlah hamper RM80 ribu ringgit itu telah didepositkan dalam dua transaksi berlainan. Hanya setelah Haziqah menelefon Haji Hassan meminta beliau mendepositkan lagi sejumlah RM54 ribu, beliau mula terfikir mengenai semua perkara yang telah berlaku. Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, Haji Hassan kemudiannya mencari nombor BNM melalui perkhidmatan TM 103 dan telah menghubungi BNMTELELINK untuk mendapatkan pengesahan sama ada benar atau tidak Cik Haziqah bekerja di BNM.

Tidak ada seseorang bernama Cik Haziqah bekerja di BNM – individu ini tidak wujud.

BNMTELELINK telah menasihatkan Haji Hassan membuat satu laporan polis dan seterusnya membuat tindakan susulan dengan pihak polis bagi mengetahui sebarang perkembangan siasatan. Beliau juga dinasihatkan untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada bank beliau bagi mengelakkan sebarang aktiviti lanjut pemindahan wang, sekiranya ada.

Pengajaran:

  • Jangan mudah mempercayai seseorang yang menjanjikan habuan berupa wang ringgit dalam jumlah yang banyak dan tidak masuk akal. Orang tamak selalu rugi!
  • Berhati-hati dengan maklumat peribadi perbankan anda. Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat perbankan peribadi anda kepada mana-mana pihak termasuk pihak bank mahupun pihak berkuasa.
  • Sekiranya seseorang mendakwa mereka dari pihak berkuasa tertentu, sila buat semakan atau pengesahan dahulu sebelum memberi kerjasama. Walaupun sudah mendapat pengesahan, anda sepatutnya memberi kerjasama dengan berjumpa di pejabat pihak berkuasa tersebut dan bukan melalui telefon.
  • Jangan sekali-kali membuat pindahan wang kepada pihak yang tidak anda kenali, walaupun anda disogok dengan cerita-cerita yang sangat menyakinkan!

———————

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi penerangan dan memupuk kesedaran orang ramai mengenai penipuan kewangan, kami akan menerbitkan beberapa siri artikel mengenai kes penipuan sebenar (berdasarkan kes-kes tertentu) seperti mana yang dilaporkan kepada kami.

Kami berharap para pembaca akan lebih peka terhadap perkara ini dan dapat berkongsikan artikel-artikel tersebut dengan keluarga, rakan kerja dan sahabat handai.

Elakkan daripada menjadi mangsa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s